CAKNE AQEELAH TRAIL 2019 - Gunung Datuk

CAKNE AQEELAH TRAIL 2019 - Gunung Datuk
  • 2019-10-30 - 2019-11-30
Ends In:
    Fund Raise
    1.00%
    MYR 50.00 / MYR 5,000.00
    CAKNE Aqeelah TRAIL 2019 (CAT19) adalah suatu acara pendakian amal tahunan (kali ketiga) yang dianjurkan oleh Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE).

    CAKNE sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang fokus memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka, sentiasa berusaha menjalankan pelbagai aktiviti bagi menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, CAKNE juga berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kanser kanak kanak di Malaysia.

    Ditakdirkan, salah seorang pesakit yang kami santuni ie. adik Nurul Aqeelah bt Yaarop (21 tahun) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2016 setelah berjuang habis habisan sejak mula disahkan mengidap Leukemia semasa berumur 5 tahun. Dalam tempoh hampir 17 tahun tempoh perjuangannya menentang kanser tersebut, Allahyarhamah Aqeelah masih mampu mendaki Gunung Datuk sebanyak 14 kali!

    KONSEP
    • Pendakian santai (bukan perlumbaan)
    • Setiap peserta digalakkan untuk menamakan seorang pesakit kanser kanak kanak (termasuk yang sudah meninggal dunia)
    o Eg. “Saya mendaki untuk …..(nama pesakit)”
    o Setiap peserta akan memakai T.Shirt yang mengandungi nama pesakit yang dinamakan tersebut
    o Peserta yang tidak mengenali sebarang pesakit secara peribadi akan diperuntukan satu nama oleh CAKNE
    • Setiap peserta digalakkan mengumpul dana untuk CAKNE sebelum tarikh pendakian.


    YURAN PENDAFTARAN
    (Pejuang Kanser Kanak Kanak : PERCUMA)

    a. Individu Baru : RM 80 seorang
    b. Individu bekas peserta CAT17/ CAT18 : RM 70 seorang
    c. Individu Kanak Kanak (bawah 12 tahun) : RM 50 seorang
    d. Pasangan : RM 150 sepasang
    e. Kumpulan (minima 5 orang) : RM 75 seorang

    Setiap peserta akan menerima:
    1. T.Shirt CAT19
    2. Sijil
    3. Sarapan pagi
    4. Makan Tengahari
    5. Goodies Bag (tertakluk kepada sambutan penaja)

    *Sebarang lebihan akan digunakan untuk membantu pesakit kanser yang memerlukan*


    PEMBAYARAN

    Bayaran secara terus ke akaun CAKNE
    Nama Bank : Maybank Islamic, Bangi
    Nama Akaun : CAKNE
    No akaun : 562834626537


    TARIKH TUTUP

    10hb November 2019 atau apabila jumlah peserta maksima 300 orang telah mendaftar.


    ATURCARA TENTATIF
    MASA ATURCARA
    7.00 pagi Pendaftaran peserta (dan Sarapan)
    8.00 pagi Taklimat peserta
    - Majlis perasmian/ Flag Off
    9.00 pagi Pendakian bermula
    11.30 pagi Peserta mula turun
    - Penyampaian Sijil & Medal
    - Makan tengah hari
    4.00 ptg Bersurai
    * peserta yang turun awal boleh bersurai selepas
    makan t/hari


    Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran online ini sila hubungi AJK berikut:
    1. Zaf : 012-4650980
    2. Zul : 012-2943911
    3. Syahirah : 011-10780255

    Change Their World. Change Yours. This changes everything.