Tabung Bantuan Pesakit Jantung Miskin & Kurang Berkemampuan

Tabung Bantuan Pesakit Jantung Miskin & Kurang Berkemampuan
  • 2018-09-18 - 2018-10-31
Ends In:
    Donate
    0.67%
    MYR 200.00 / MYR 30,000.00

    MY CAMPAIGN

    Hulurkan Derma & Berilah Bantuan Kepada Mereka!

    Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab utama kepada kadar kematian di Malaysia.  Penyakit jantung di kalangan kanak-kanak pula adalah situasi di mana bayi dilahirkan dengan kecacatan jantung.  Kadar kelahiran bayi yang mengalami masalah kecacatan jantung adalah pada kadar 8 hingga 10 daripada 1,000 kelahiran hidup. 

     

    Sempena sambutan Bulan Jantung Sedunia pada September ini, PeopleGiving akan menganjurkan satu aktiviti amal #Walk2Inspire pada 29 September 2018 yang bertujuan mengutip dana bagi membantu pesakit jantung yang miskin atau kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Kos pembedahan jantung menelan belanja sekurang-kurangnya RM30,000.00 bagi seorang pesakit!

     

    Saya Nina Juren, pelakon dan artis Malaysia akan cuba untuk melengkapkan aktiviti berjalan kaki (walkathon) amal ini sejauh 7.6km dengan sasaran 10,000 langkah pada acara amal #Walk2Inspire ini.  Saya berharap saya dapat mengutip dana sebanyak RM30,000 melalui sokongan peminat dan rakyat Malaysia yang budiman!

     

    Dana yang dikutip akan disalurkan kepada IJN Foundation (Yayasan Institut Jantung Negara). IJN Foundation adalah satu badan amal yang mengumpul dana bagi membantu membiayai kos rawatan dan pembedahan pesakit jantung yang miskin dan berpendapatan rendah di IJN.

     

    Marilah bersama saya, kita membantu golongan yang memerlukan ini dengan menghulurkan derma ikhlas anda kepada Tabung Bantuan Pesakit, IJN Foundation.

     

    Mend A Heart Save A Life

    FUND RAISER

    Nina Juren

    Change Their World. Change Yours. This changes everything.