TM Rewards Pink Oktober Bersama MAKNA 2017

TM Rewards Pink Oktober Bersama MAKNA 2017
  • 2017-10-25 - 2017-11-30
Ends In:
    Donate
    0.00%
    MYR 0.00 / MYR 10,000.00

    MY CAMPAIGN

    Kerjasama di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MAKNA ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai Kanser Payudara kepada anggota dan para pelanggan TM bersempena dengan kempen Pink Oktober 2017

    Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian wanita di Malaysia pada kadar 1:19. Menurut statistik 2008, seramai 3,209 telah didiagnos kanser dan hanya 59.2 % sahaja yang tampil mendapatkan rawatan pada peringkat 1 dan 2, manakala peringkat ke 3 dengan 21.8% dan selebihnya adalah peringkat lewat. Rawatan kanser payudara memerlukan jangkamasa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi.

    Adakah anda tahu bahawa :

    1. RM 500 dapat membantu seorang pesakit kanser yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan ulang alik ke hospital

    2. RM 1,000 dapat membantu seorang pesakit mendapatkan kemoport bagi rawatan kemoterapi

    3. RM 2,000 dapat membantu 4 orang pesakit kanser mendapatkan bekalan susu protein tinggi selama 6 bulan bagi membantu mereka meneruskan rawatan kemoterapi atau radioterapi

    Sejak ditubuhkan pada tahun 1994, MAKNA telah membantu lebih daripada 5,000 kes setahun termasuk pesakit kanser payu dara. Kebanyakan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah yang dirujuk dari hospital kerajaan di seluruh Malaysia bagi mendapatkan pelbagai rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi.

    MAKNA tidak pernah membezakan warna kulit, bangsa mahupun keturunan di dalam menghulurkan bantuan.

    Kempen kutipan dana ini merupakan salah satu inisiatif oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi membantu MAKNA untuk terus memberikan harapan baru kepada mereka yang disahkan menghidap kanser payu dara. Menerusi bantuan dan sokongan yang diberikan ini, lebih ramai lagi pesakit kanser dari golongan yang kurang berkemampuan dapat dibantu oleh MAKNA.

    FUND RAISER

    MAKNA - Majlis Kanser Nasional / National Cancer Council Malaysia

    Change Their World. Change Yours. This changes everything.